PERCUTIAN KE PULAU PAYAR
Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah, Malaysia di kawasan perairan Selat Melaka.
Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli. Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas.
Saya menaiki feri ke Pulau Paya dari Jeti Kuah, Langkawi.
Ferinya besar dan boleh muatkan lebih kurang 200 penumpang. Perjalanan dari jeti Kuah ke Pulau Payar lebih kurang 1 jam 30 minit. Semasa dalam feri, staf feri memberi jaket keselamatan kepada saya untuk keselamatan sepanjang perjalanan dan juga tujuan snorkeling sekali.

Setelah saya sampai di Pulau Payar feri tak dibenarkan berlaboh di jeti. Feri saya berlabuh jauh sikit dan bot transit yang membawa saya ke jeti Pulau Payar.
Di pondok berdekatan jeti, saya diberikan taklimat oleh pekerja Pulau Payar tentang perkara yang dilarang dan yang boleh dibuat. Selesai sahaja taklimat, saya dapatkan peralatan untuk snorkeling dahulu.
Saya mula snokeling jam 11 pagi sehingga jam 2 petang sebab jam 3.00pm saya perlu bersiap sedia untuk balik ke Pulau Langkawi.
Pemandangan di Pulau Payar memang lawa, ada anak ikan jerang di tepian pantai. Saya sempat mengambil gambar dengan anak ikan jerung.
Comments
Post a Comment